Blogger Templates

mencari kereta idaman??

jika anda berminat dan ingin memiliki kenderaan sendiri.. nyatakan jenis,model,serta tahun(jika used cars)..serta tidak lupa nyatakan budjet anda (used cars).. tq..

Friday, September 9, 2011

Nissan Livina X-Gear akan dilancarkan – 5 tempat duduk, harga RM82k++

Selain MPV Nissan Grand Livina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd bakal melancarkan varian terbaru Livina, tetapi kali ini bukan lagi sebuah MPV, sebaliknya sebuah SUV dikenali sebagai Nissan Livina X-Gear. Menurut sumber yang saya perolehi, Nissan Livina X-Gear bakal dilancarkan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, dan ditawarkan pada harga sekitar RM82k, lebih murah berbanding MPV Nissan Grand Livina.

Livina X-Gear memiliki enjin 1.6 liter dan mempunyai 5 tempat duduk, bukan lagi 7 seperti model sebelumnya, oleh itu ruang bagasi di bahagian belakang sangat luas. Namun saiz panjang model terbaru ini sedikit kurang berbanding MPV Grand Livina, dan rekaan bahagian belakangnya agak berlainan. Livina X-Gear sudah berada di pasaran luar negara seperti di Indonesia dan China, kini gilirannya pula memasuki pasaran Malaysia.
 NANTI KAN PRESS RELEASE RASMI DARI NISSAN MALAYSIA.



































No comments: